kecewa dengan manusia.
Saturday, June 18, 2016
@3:25 PM
Assalamualaikum.
satu persatu aku ikut, semua peraturan aku cuba patuhi. tapi tak berjalan dengan baik. sebab apa? sebab adanya manusia. bila kita berkuasa kita lupa. kita alpa bahawa hidup ini sementara. sekejap diatas sekejap dibawah. aku kecewa bila percaturan hidup terletak pada tangan manusia tapi aku juga lupa percaturan hidup ini Allah yang atur bukan manusia. Ada hikmahnya Allah bagi kita jatuh untuk bangun semula kemudiannya nanti. Mana ada mimpi indah sebelum susah. Kekasih Allah juga bersusah payah inikan kita.
Im passionate to complete my journey without making any mistakes. Every steps have been taken carefully but still nothing is enough to satisfy human being. Sakit betul bila kita berusaha tapi manusia sibuk musnahkannya. Mereka yang timbulkan masalah kita yang kena. apakah adil? Cuba kembali pada Dia. Dia adil cuma bukan ini masanya dan juga mungkin, apa yang kau mahu bukan sesuatu yang baik bagimu dan apa yang kau bencikan mungkin baik untukmu dan hanya Dia yang tahu.
Kita berdoa, kita berusaha dan kita bertawakal tetapi masih takut akan hasilnya jadi mana kebergantungan kita pada Allah yang kukuh? Belajar redha wahai hati. belajar redha wahai diri. Manusia mungkin tidak nampak susah payahnya kita tapi Allah lihat semua penat lelahnya kita. Manusia nampak berjayanya kita tapi tak nampak susahnya kita. Kenapa masih kita lihat pertolongan manusia sedangkan kita tahu tiada yang lebih hebat dari pertolonganNya.
Lihat kembali pada diri, mana khilafnya. Mahu futur? Futurlah jika rasa pedih, cuma jangan lupa untuk bangkit kembali. aku harap semuanya berakhir. Aku mahu semuanya berakhir dengan cepat. Aku tak mampu lagi berurusan dengan manusia yang menyakitkan hati. Aku tak mampu lagi berurusan dengan manusia yang buat hati mati.
Fii Hifzillah