mana hilangnya rasa manis itu?
Saturday, August 23, 2014
@1:40 PM
Kita bukan tunjuk baik tapi cuba untuk jadi lebih baik, InsyaAllah
Assalamualaikum.. lagi seminggu lebih jek nak sambung belajar balik.. Alhamdulillah, dapat sambung belajar di UiTM di hatiku lagi and kali nie dekat dengan rumah.. lagilah cinta.. hehe.. Alhamdulillah.. perasaan takut nak tempuh semua yang bakal hadir buat aku gentar tapi sekali lagi ucapan Alhamdulillah dilafazkan kerana Allah tak pernah jemu bantu aku.. sentiasa ada jalan yang Dia tunjukkan.. sentiasa titipkan sahabat hingga syurga untuk membimbing dan membantu.. Alhamdulillah, moga aku kuat dan yakin untuk meneruskan langkah nie..
untuk beberapa ketika aku mula rasa manisnya cinta matlamat.. sangat manis.. semua perkara aku buat seawal mungkin, sebanyak mungkin.. walaupun hati kuat melawan, membuku rasa yang bukan2.. aku berdoa agar dijauhkan daripada perasaan itu.. aku bukan mahu dipuji tapi mahu diikuti.. Alhamdulillah beberapa perkara mula menjadi ikutan.. aku bersyukur.. aku cuba istiqamah dengan semua perkara baru yang aku mulakan.. tapi sayang, aku tak tahu kenapa aku mula leka.. lama kelamaan rasa manis tu hilang.. aku lupa bagaimana rasa manisnya cinta matlamat tu.. aku lalai.. Ya Allah.. macam aku pernah kata "hijrah itu susah, istiqamah itu payah" tapi jika mahu Allah akan bantu.. yang penting doa dan usaha..
Allah titipkan teguran melalui "nyawa"(my mom), satu hari nyawa tegur "kenapa tak diteruskan lagi apa yang dimulakan?" hati tersentak.. fikiran melayang.. mana pergi semua? mana hilang? kenapa kalah? mula sedar yang aku lalai, mana tidak hilangnya manis cinta matlamat tu.. kan? aku mula bertatih kembali.. dan aku harap biar bertahan.. InsyaAllah.. setiap perkara boleh dimulakan kembali jangan pernah fikir ianya sudah terlambat.. masih ada waktu bukan? sentiasa ada.. sentiasa.. InsyaAllah.. bimbing aku jika jatuh..
seringkali bila kita melihat sesuatu yang tidak sedap mata memandang pasti kita kata "kenapa la dia macam tu? tak reti nak malu ke? pakai macam tu.. perangai macam tu.. elok sangat la tu" jadi seiring dengan hijrah mari kita tukarkan ayat tu "Ya Allah, buka pintu hati dia untuk berubah.. buka pintu hati dia untuk sedar.. bahawa pakaian itu tidak sesuai untuk pemakainya.. bahawa perilaku itu tidak selari dengan orangny.." kekadang terbabas jugakk, maklumlah kita nie manusia biasa, terbabas pun jadi biasa, eh? hehe.. jadi mari ubah jugak cara teguran.. supaya kebabasan kari babas tu tak jadi selalu.. InsyaAllah..