mati itu pasti..
Wednesday, August 27, 2014
@4:46 PM
Assalamualaikum.. mati itu pasti.. setiap yang bernyawa pasti akan mati.. tiada siapa yang akan kekal selamanya dan tidak merasai mati.. takut? semua orang takut.. nak menempuh mati bukan senang.. mati tu sakit.. selepas mati akan ada alam lain yang kita kena tempuh dengan semua amalan yang kita lakukan.. harta dunia takkan membantu, semua bergantung pada amalan kita di dunia.. doa keluarga diperlukan, doa kawan juga diperlukan tapi yang harus mengharunginya adalah kita.. kita sendiri akan disoal dan dipertanggungjawabkan dengan semua perkara yang kita lakukan di bumi Allah ini..
dunia nie tempat di mana keadilan itu tak selalunya berlaku.. maka akhirat menjadi penentu.. penentu bagi segala kelakuan yang kita lakukan di dunia.. tidak ada siapa pun yang boleh lari daripada keadaan ini.. Allah Maha adil.. pahala dan dosa menjadi timbangan.. mahu berjaya atau mahu terjerumus dalam neraka? kita pilih, Allah tunjukkan jalan.. kita manusia, manusia itu pendosa.. tak lari daripada melakukan dosa.. tapi tak bermakna kita perlu terus hidup bergelumang dengan dosa.. tak pernah ada perkataan "terlewat" dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan.. Allah sentiasa tunggu kita bertaubat.. kita? jangan bongkak.. mohon ampun.. lakukan apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang..
syaitan ada bagi menyesatkan kita.. sentiasa mencuba untuk menjatuhkan manusia.. kita? kita juga lemah akan godaan mereka.. tapi Allah itu ada untuk kita bergantung hidup, meminta pertolongan dan sentiasa ada untuk memujuk hati yang berduka.. perbanyakkan amalan, bacaan Al-Quran untuk memantapkan iman.. zikir makanan rohani.. melembutkan hati.. beristighfar selalu.. InsyaAllah, Allah bantu..
ada orang fikir bunuh diri itu jalan terbaik melepaskan diri daripada ujian dunia.. bunuh diri bukan jalan terbaik.. masih ada akhirat yang perlu kau tempuh.. jika kau fikir dunia ini payah bagaimana pula kau yakin alam akhirat akan menjadi lebih mudah? ada ketika kita jatuh sejatuh-jatuhnya dan tidak nampak jalan mana yang harus dilalui.. tapi, cuba tanam dalam hati "Ana qawiy Lillahi Taa'la" aku kuat kerana Allah..
aku berkata bukan untuk dilihat sebagai seorang yang baik.. sambil aku menaip sambil itu aku rasa terpukul.. hati tersentap.. aku juga manusia seperti kamu semua.. masih mencuba memperbaiki diri yang lemah, hati yang mudah digoda dan fikiran yang tidak sentiasa rasional.. susah memang susah, kekadang aku terleka.. tapi aku bersyukur Allah tetap titipkan aku orang2 yang sentiasa menegur tatkala diri ini goyah.. Allah sentiasa menegur melalui manusia jika diri ini tersalah langkah.. Alhamdulilah..
kita hidup ada tujuan.. kita dicipta bukan untuk menjadi sia-sia.. kita ada matlamat yang perlu dicapai.. melihat kematian di depan mata membuatkan aku terkedu.. mati itu hampir sangat dengan kita.. aku terfikir bagaimana aku nanti? amalan yang aku buat cukup ke nak membantu aku di sana nanti? masih banyak dosa yang perlu aku tebus.. Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, adik-adikku dan aku.. mereka nyawaku.. sayang untuk mereka sangat dalam Ya Allah.. lindungi mereka.. sayang yang tidak terhingga.. mari kita menuju ke Jannah Allah.. InsyaAllah..