air mata jangan gugur.
Monday, September 28, 2015
@3:57 PM
"makkkkkk, ibu belikan kaklong basikal." jerit smpai satu flat mampu dengar. gembira tak terkata. satu cerita yg takkan ak lupa dan setiap kali ak ingt air mata mula nak mengalir. hanya mampu berpaut pd kenangan. cara dia bercerita smbil ketawa. sekarang hanya mampu melihat dia tidak berdaya.
dia sangat kuat. kuat lagi dr ak yg lemah nie. solat tak tinggal, zikir tak pernah lekang dari bibir dan tahajud sentiasa dilaksanakan. kuatnya dia, malunya ak.. dari mula khabar berita dimaklumkan dia sangat tabah tapi ak sudah lemah. kuatnya dia, ak sndri tak mampu lawan. sentiasa senyum tunjuk kuat. biar sakit, dia simpan asalkan yg lain dapat dijaga hatinya.
semua ini kerana jasa dia. kalau tidak takkan ada. tak pernah kata tidak, semuanya boleh. selagi mampu dia bantu. lihat dia menangis, lihat mereka menangis, ak sendri mahu menangis. menangis teresak2 semahunya hati ini. tapi ak masih teguh cuba tsenyum kerana dia. ak simpankan dalam hati, pelosok paling dalam jangan smpai diketahui.
ak cuba tersenyum. ak cuba kuat. ak cuba. smpai senyum, sampai kuat. ak nak jd sokongan terkuat semua. air mata ini, sebab kuat. sebab kuat air mata nie jatuh. sakitnya hati nie smpai tak mmpu nak halang air mata mengalir. biar mengalir, biar lega supaya nnti ak jd setabah dia.
orang kata selagi ada hargai, jangan nnti menyesal kemudian hari. satu perkara manusia selalu lupa. manusia juga selalu leka yg hidup ini tidak lama, sihat ini tidak kekal. jangan tggu bnda jd baru nak sesali. mula tika ini.
ak simpan, ak pendam, ak doa. ak mohon dimakbulkan, ak mohon dikuatkan. ak mohon ditabahkan, ak mohon... Allah cipta kita, kita hanya hamba. doa pd Dia, Dia kuasai semua. ini ujian. Allah tak duga makhlukny tanpa kemampuan dia. sebab mampu Allah beri. maka sbb mampu, ak lawan dan akan sentiasa lawan hingga akhirnya.
"cinta ini untuk semua, sampai tutup mata"